Hari ini Hari Sabtu.
Saya telah pergi ke wedding di Sungai Buloh.
Biasa ja. hari panas membuatkan saya cranky.
Kemudian saya telah tertidur dalam kereta.
Yang saya tahu, destinasi kami adalah, rumah makcik saya di Gombak.
Dan yang saya tahu, celik mata je dah sampai.
Masuk, salin baju dan tengok tv.
Dan text orang.
Dan tunggu cousin kesayangan saya habis tuition sebab ingatkan nak pi meredah hujan renyai pi beli topup.
Last last tak jadi.
Saya ikut parents saya dan adik saya ke Jusco Alpha Angle.
Beli barang sikit.
Selepas itu kami pulang pada waktu Maghrib.
Dan sesampainya di rumah macik saya semula, kami solat dan bersiap untuk keluar makan.
Saya menaiki kereta yang dipandu oleh cousin saya nama Hanan.
Ditemani cousin lagi sorang nama Syahir.
Dalam kereta, kami membuat lawak bodoh yang sangat bodoh.
Bu***, rembesan air liur, kongsing, dan banyak lagi.
Sesungguhnya, saya seronok.
Kemudian kami pergi makan.
Sampai pukul 10.
Dan pulang ke rumah.
Dan tadi pukul 1230, Haffiz, Nazuar dan seorang lagi rakan mereka datang ke rumah saya.
Kami berjumpa di hujung simpang.
Mereka menaiki fixie.
Ssaya telah lamaaa tak berjumpa dengan mereka.
Dan dapat berjumpa mereka buat saya rasa lagi gembira hari ini.
Walaupun sekejap, saya tetap gembira.
Sebab dah lama sangat kot tak jumpa. hihi
Dan pukul 1, mereka pun bergerak ke tempat lain.
So sekarang saya online, berblog, dan, dengar lagu.
Selamat pagi isi dunia.
Sunday, May 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment