Hai dunia blog! Hihi
Minggu ni namanya minggu rajin.
Sebabnya, dh start exam dan proses ulangkaji pun giat dijalankan. Tapi itu bg pelajar pelajar yg punyai wawasan dan inisiatif untuk berjaya dengan cemerlang. Dan sudah pastinya aku tak tergolong dalam kelompok itu.
Aku duduk di kumpulan yg masih tak ada kesedaran untuk berjaya. Masih terkial-kial cuba memahami apa yg telah dipelajari yg selalunya aku sendiri tk tahu apa yg aku dh belajar.
Esok nak exam, malam ni pukul 10 baru nak mula study itupun masih tk boleh pisah dengan kekasih hati teman sampai mati, Encik Facebook.
So end up aku menjawab peperiksaan ikut fantasi dan imaginasi aku sendiri.
So, hari pertama, exam BM. Mula mula confident tp lepas habis tu baru terfikir, apa sebenarnya yang aku buat? Satu apa pun aku tak ingat. Nampak betapa aku hidup dalam dunia aku sendiri?
Hari kedua, paper English. Aku akui memang aku anak lecturer English akan tetapiii, English aku sangat terabur. Ikut suka diri aku je aku buat essay. Mcm english budak tadika. Hihi. Dan habis je tu, Nuno sedia menunggu untuk balik sama. Aku segan sebab ada budak budak junior ingat aku bercinta dengan kawan baik aku sorang tu. MEMANG TAK AH! haha.
Dan petang itu, aku menghabiskan masa ulangkaji aku dengan tengok movie sedangkan esoknya nak exam maths. Sampai malam mengadap movie tak henti. Cadangnya pukul 230 pagi nk bangun study tapi mcm biasa ah. Bunyi je alarm, bukak sebelah mata untuk mencari lambang mendiamkannya untuk menyambung tidur.
Akibatnya, pagi tadi paper Maths, aku hentam selagi boleh. Baru tau perasaan menyesal tak belajar. Tp aku dh banyak kali mcm tu. Aku ni degil tk pernah serik. Dan minggu depan, of course aku cuba berubah sikit. Untuk paper Biology hari selasa terutamanya. Aku kan nk buktikan yg walaupun aku suka ponteng kelas tu aku boleh jawab exam jugaaaa.
Okay sudah sudah la ye aku mcm irg bodo menekan papan ni. Nak study. *study? Rilek la derr esok sabtu. Exam isnin. Ahad malam sempat lg study der.* bisik hati kecil aku.
Yes esok sabtu! Memang hari cuti so aku taknak belajar. Nak ikut kata hati. Hihi kbye <3
Published with Blogger-droid v1.6.8
No comments:
Post a Comment