Hari Ahad yang semalam adalah hari yang PANAS, dan PENAT!
Seharian mengemas rumah kehulur kehilir membuang segala benda yang taknak guna dah.
Dan, aku ada rak buku baru, so excited menyimpan semua buku buku kat situ dan ternyata rupanya banyak juga buku yg aku ada.
Most of it adalah buku buku conteng yang mempunyai sentimental values.
Seriously, aku sayang sangat nak buang. Dalam satu buku yang mungkin 20 helai itu, sekurang kurangnya ada suku daripada 1 muka surat yang mempunyai tulisan yang memang akan buat aku senyum sendiri.
So, aku tak buang. Buku masa darjah 5 pun still simpan :D
Itu buku aku yang paling tua.
Dan di rak itu jugak aku meletakkan file2 sekolah rendah, buku buku cerita dannn, satu ruang pada rak tu, aku letak teddy bear :D
ye ape jadahnya budak perempuan dah form 4 ni ade bear bear lagi ni kan.
Aku dapat bear tu semua masa birthday tahun lepas.
Satu Nazriq bagi, satu Shafiq,Icca ngn Azfar bagi, and lagi satu, Aimi bagi.
Oh and tak lupa juga bear hadiah daripada Jipa untuk birthday aku masa form 2.
So, penuh la rak akuuu.
Oh dan aku telah membuang kotak yang telah berkhidmat menyimpan segala rahsia aku selama 4 tahun since form 1.
Kotak tu dulu sebenarnya orang bagi hadiah birthday dalam tu.
Dan aku simpan semua rahsia aku dalam tu.
Dan semalam, aku telah dengan relanya membuang kotak tersebut tetapi barang barang di dalamnya, disusun cantik pada rak buku aku.
Siapa pun nak sentuh setakat kertas2 conteng, gambar2 lama, kad2 lama, tu kan ?
So aku fikir, daripada kotak tu duk menyemak lagi, better buang dan simpankan saja barang barang tu di rak tu.
Lagipun, seluruh isi rumah ni tahu itu rak aku.
jaga la kalau barang aku berusik.
So, bila dah mengemas2 barang barang sentimental values tu semua,
Aku confirm la senyum sorang sorang, tiba tiba nangis terharu. HAHA
Sebab, ada benda yang buatkan aku teringat masa dulu.
Sampaikan setiap kali aku tengok benda tu, aku mesti menyesal dan teringin sangat nak balik masa dulu
Zaman ketidakmatangan. Nak buat macam mana kan :P
Okay sekian buat malam ni, Sat lagi nak bangun study esok paper Bio.
Byeeee :)
Tuesday, May 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment