Tak pernah saya jumpa orang sebaik awak.
Tak pernah saya puas setiap kali jumpa awak.
Tak pernah saya cintakan orang seperti saya cintakan awak.
Tak pernah saya luahkan sayang seperti saya luah pada awak.
Tak pernah saya sangka orang seperti awak jatuh suka sama saya.
Tak pernah saya sangka orang seperti awak jatuh cinta sama saya.
Tak pernah saya berniat persoalkan buruk awak untuk mengungkit.
Tak pernah saya berniat persoalkan baik awak untuk meriak.
Tak pernah saya curiga setiap gerak geri awak.
Tak pernah saya prasangka setiap kata awak.
Tak pernah saya berhenti cintakan awak.
Ini untuk awak.
Wahai arjuna hati yang sudah lama bikin saya jatuh suka dan mabuk cinta,
Saya cuma mahukan awak.
Saya harap awak sudi terima sehiris luah kata jujur dari orang yang cintakan awak.
Jujur, tulisan ini bukan untuk dibuat main perasaan awak.
Jujur, tulisan ini kerana cintakan awak.
Jujur, saya luah semua kerana cintakan awak.
Awak, saya janji untuk jujur dan ikhlas demi awak.
Jujur, saya cintakan awak :)
No comments:
Post a Comment