aku tahu siapa aku.
aku tahu memang dari dulu aku dipandang rendah oleh orang.
dah lali pun dalam hidup aku.
aku tak rapat dengan orang.
aku jarang cakap dengan orang.
suka duka aku pun, semua aku cerita dalam buku.
aku monolog sendiri.
aku cerita dengan blog.
sebab aku rasa benda benda ni lagi faham diri aku.
aku tak pernah nak luahkan pada orang.
sebab aku tahu takda guna aku bagitahu orang.
lagi teruk kena hentam adalahh -__-
bak kata cikgu mai, ORANG SEKARANG CARI SALAH.
memang betul pun.
orang suka cari salah.
benda yang betul tu semua dah tak pandang dah.
aku sayang kawan aku.
serius tak tipu.
aku benci orang salahkan kawan aku kalau aku sendiri yang silap.
aku jadi lemah kalau orang tuduh aku.
aku jadi longlai kalau orang fitnah aku.
semua tu aku tulis dalam buku.
buku tu memang penuh suka duka aku.
orang bukan tahu pun situasi aku.
orang nampak aku gembira bila ada di sisi orang,
tapi, sebenarnya tak pun.
aku ini kan pelakon terhebat.
menyorokkan muka duka tu perkara yang normal teramat dalam hidup aku.
orang tak faham diri aku.
orang tak faham keadaan aku.
orang tak faham kehendak aku.
yang orang faham,
diri orang itu dan sekutunya,
keadaan orang itu dan sekutunya,
kehendak orang itu dan sekutunya.
sebenarnya aku mahu lebih berterus terang dalam entri ini,
tapi aku tak sampai hati.
aku belum sampai hati nak buka semuanya.
biarlah aku simpan sikit.
aku tak mahu nama orang tercalar di mata manusia lain.
hidup aku sekarang, yang aku tahu,
ada aku.
yang penting aku.
bila tercatat 8A dalam slip keputusan peperiksaan PMR aku nanti,
aku nak pergi jauh dari orang.
biar orang bahagia.
sebab itu sekarang aku nak campakkan semua persepsi negatif yang orang lemparkan pada aku.
aku mahu berjaya.
bila mereka mahu berikan persepsi positif pada aku bila berjaya nanti,
aku akan kata, tak perlu. persepsi positif kau tu bukan pembangun kejayaan aku.
aku bakal tunjukkan yang aku tak perlukan kasih sayang orang.
aku bisa berdiri tanpa orang.
selesai. nanti aku bicara lagi.
p/s ; kesemua perkataan 'orang' itu merujuk kepada sekelompok individu. yang semua orang akan agungkan. tapi aku punya tidak. sebab aku tak dapat 'orang' yang macam manusia lain dapat.
aku hanya sayang orang bila masa tertentu.
Thursday, April 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment