Tuesday, August 4, 2009

Aku Yang Skema.

maaf. post kali ini boleh dikatakan melankolik jiwa atau pathetic atau POYO jugak.
so kalau rasa takmau baca, boleh tekan pangkah secepat mungkin. atau boleh berambus dari sini.
bagi yg mahu meneruskan pembacaan, SILAKAN.

kebelakangan ini baru aku sedar, sendiri.
aku ini terlalu SKEMA. terlalu mengikut.

tak perlu contoh besar besar.
contoh kecil seperti di sekolah sudah memadai.

aku punya teman teman rapat seperti Nani, Azfar, Meme & Wan & tak lupa Jipa.

kadang2 aku rasa aku tersangatlah bodoh dan skema di antara mereka.
atas beberapa sebab yg buat aku rasa begitu.

pertama, apabila belajar, hanya aku yang akan senyap dan bikin kerja sendiri. bukan bangga atau apa, cuma, aku rasa macam, eh skema sungguh aku buat kerja, sedangkan mereka borak2, buat kerja pun tanpa tensi, bergelak ketawa.
terutamanya waktu maths yg diajar puan M.
aku rasa sangatlah mengikut. kadang2 aku rasa macam aku ni ketinggalan. dan kadang2 aku rasa bersalah sebab tinggalkan kawan aku macam tu.

kedua, apabila orang lain sibuk berborak mengetengahkan pelbagai isu, aku masih sibuk menyiapkan kerja rumah yang tidak beres pada minit terakhir.
sedangkan mereka hanya mengamalkan cara, apa nak jadi, jadi lah. alah kurang kurang pon kena cubit je ke ape je ke.
*betol gak en*
entah asal aku ni skema dan mengikut sangat untuk siapkan homework itu.

ketiga, bila orang lain sibuk happy2. aku pegi keluar, cari benda untuk dibuat.
merayau, cari cikgu mana2 untuk ditolong atau mungkin cari cikgu mai untuk bergosip. HAHA. itu kadang2 jea okay. tak selalu.

keempat, bila aku suka marah orang yang bising atau bertanyakan soalan2 bodoh pada cikgu yg sedang mengajar. orang lain tak ada sibuk2 nak marah atau tegur orang yg bising itu. tapi aku, over plak.
tapi kawan aku pun boleh tahan bodoh. aku tegur sikit, nak touching.
wtf lah wey.
HAHA. terkeluar sedikit carutan dari mulut si skema ni.



dan sebab2 lain belum dapat disenaraikan.

tapi memang serius. teman2 akan anggap aku ini SKEMA. POYO. KONON BAIK.
atau dalam istilah budak sekarang, TAK COOL. TAK ROCK.
HAHA.

tapi kadang2, aku macam rasa sakit hati pun ada.
aku bukan lah apa, aku tegur kawan2 aku sbb aku pun nak diorang sama sama berjaya nanti. ceyh skema tak tahan betul. HAHA.
seriously, aku nak gak kawan aku semua idup senang2 nanti :)

aku sakit hati sebab diorang akan buat aku rasa aku ni bodoh pegi tinggalkan kawan kawan aku untuk buat kerja yg entah apa. HAHA.

dan aku jadi PISSED OFF bila salah seorang teman rapat aku yang bermulut lancang akan menembak aku semula atau membuat muka cibainya apabila aku tegur dia suruh senyap atau stop bein annoying. HAHA. itu menunjukkan aku dah mula sakit hati dan tak suka perangai dia.

okay whatever. aku rasa aku dah luahkan apa yang aku nak.
dah la tuh kan ?
banyak2 pun bukan ada siapa nak baca. HAHA.

Sekian,
SI SKEMA :))

3 comments:

  1. i won't say u're "skema" nurul.. u just know whn it's time to play n when it's time 2 b serious.. which is a good thing ;) btw, thanks for linking me as "the beautiful teacher aimi".. terharu gilaaaaa! *mode gedik* hahaha :p

    ReplyDelete
  2. HAHA thankyouu teacher <3
    yeah its true. u're beautiful u know :)

    ReplyDelete
  3. betul jgk ckp tecer aimi tu :"u just know whn it's time to play n when it's time 2 b serious". persetankan apa omongan org. sbb kita tahu platform kita. lg pula idup kita bkn semata2 krn org lain..

    *opss apa betul yg sy bilangkan ini ?* haha

    -melaty-

    ReplyDelete